3 botol Madu berbeza sijil makmal

Rujuk pada video clip 3 botol madu, anda akan dapati tarikh tuaian madu-madu ini adalah berbeza. Di sini, kami tidak mengamalkan kitaran semula sijil makmal untuk madu kami. Oleh itu setiap madu dengan batch yang tersendiri akan memiliki sijilnya yang tersendiri.

Maksud kitar semula sijil makmal itu ialah, penjual menghantar madu asli untuk dijual kali pertama, selepas mendapat sijil semua batch yang lain dijual tanpa kelulusan makmal hanya berpandukan sijil asal makmal. Sebab itu setiap pembelian madu, pembeli perlu tanya, bilakah tarikh dituai madu dan tarikh bilakah sijil dikeluarkan untuk madu yang dijual itu. Sekiranya tarikh sijil lebih lama dari tarikh tuaian, kemungkinan besar ianya madu palsu.

 

Back to blog